Friday, February 8, 2013

橘子营养




  • Ia terdiri daripada 85 peratus air dan hanya mengandungi 64 kalori. Ini menjadikan ia snek rendah kalori terbaik terutama untuk mereka yang menjaga atau mahu mengurangkan saiz pinggang.
  • Setiap limau mandarin memberikan kita dua gram serat dan ia adalah makanan yang baik untuk mengurangkan paras kolesterol yang tinggi.
  • Dengan kandungan lebih 50 peratus daripada pengambilan vitamin C harian anda, limau mandarin juga sangat baik untuk kulit. Vitamin C membantu dalam penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedut.
  • Penglihatan anda turut mendapat kebaikan limau mandarin ini kerana ia menyumbangkan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengambilan vitamin A harian. Vitamin ini membantu menghasilkan pigmen retina untuk penglihatan yang baik.
  • Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
  •  Nilai kalsium yang tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahanan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
  • Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.

  • Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

  • Bagi pesakit diabetes, perlu berhati-hati kerana limau mandarin ini manis. Justeru, jangan makan terlalu banyak pada satu-satu masa kerana ia boleh menaikkan paras gula dalam darah. Jumlah yang disarankan ialah sebiji pada satu masa.

    p/s: 橘子营养 means KHASIAT LIMAU MANDARIN
  •  Gong Xi Fa Cai 恭禧發財
  •   means wishing you to be prosperous in the coming year :)

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday: Hantu Karipap (✿◠‿◠)

اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Alhamdulillah, setiap hari ada je rezeki saya setelah 9 bulan buat project karipap frozen. Saya telah daftar syarikat bernama Five CT Trading dan mempunyai beberapa orang pekerja. Saya sampai tak menang tangan menerima tempahan. Tu belum iklan  besar-besaran kat facebook.Product saya karipap frozen ada 3 perasa inti daging, ayam dan sardin. Siapa berminat nanti boleh la hubungi saya ye. Dijamin sedap, halal sehingga nak beli lagi :) 



p/s: Amik 1 gambar je..bersepah sikit, biasalah orang berniaga nie. hehehe. Kalau berminat leh datang kedai or contact my num Aisya- 012 7314345. 

Monday, January 28, 2013

Who Wants This Samsung Galaxy Note II GIVEAWAY

اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ



Assalamualaikum dan hai semua..

Status Yuna di fan pagenya:Have I told you guys how much I LOVE my Galaxy Note II? It does EVERYTHING! Want one of your own? Just submit a wonderland story and I might just GIVE you one.

Yuna yang juga merupakan duta Samsung Galaxy Note II akan berkolaborasi sekali lagi bersama jenama terkemuka, Samsung untuk projek keduanya, 'Galaxy Wonderland'.


Berkongsi mengenai online portal, 'Galaxy Wonderland', Yuna memberitahu, "Saya akan memilih beberapa idea peminat yang kreatif untuk mencipta lagu terbaru saya. Kiranya inspirasi dan idea mereka tentang keunikan dan keindahan Malaysia akan memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan lagu itu nanti.

"Bila dah cukup idea, saya akan mula menulis lirik dan melodi manakala AG Coco akan menggubah lagu ini. Mengikut perancangan, idea asal saya nak buat lagu ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris manakala AG akan lengkapkan ia dengan elemen muzik Pop Elektronik. Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan lagu yang indah bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia." 

Peminat boleh berkongsi sebarang idea dan inspirasi mereka tentang Malaysia di portal, galaxywonderland.my bermula 1 Disember hingga Januari ini. Perjalanan Yuna bersama Galaxy Wonderland juga akan turut ditayangkan di saluran Astro Ria sebanyak 6 episod.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Oleh kerana saya minat Yuna, saya pun guna Samsung Galaxy Note II jugak! Saya cuba untuk melukis guna pen tu..tapi susah betul..buruk giler lukisan pelangi macam budak sekolah tadika. hahaha.
Nie hasilnya: 



Oh ya, nie saya lukis main-main je, saya juga submit my wonderland story. Manalah tahu Yuna terima my idea. Ahaks!
                         Camner nak cari casing nie...please help me~ ada jual kat mana?

p/s: That's all for now, for those yang berminat join la ye. Submit la gambar ke, video or audio di 
galaxywonderland.my .  5 Galaxy Note II smartphones give away . Yay :)

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Seperti yang kita tahu, tanggal 12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M merupakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga dikenali sebagai Maulidur Rasul (bahasa Arab) yang bermaksud kelahiran Rasul. Baginda Rasulullah s.a.w merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada setiap tahun untuk memperingati sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w dan sebagai tanda kita menyayangi Rasulullah s.a.w. Namun, bukanlah dengan mengadakan perarakan semata-mata. Sebaliknya, kita digalakkan menghayati semula perjuangan Rasulullah s.a.w dan mencontohi ketabahan baginda dan para sahabat yang bermati-matian menegakkan syiar Islam pada suatu masa dahulu.

Selain itu, kita perlu menghayati semula peribadi Rasulullah s.a.w yang mulia dan jadikan ia sebagai amalan kerana Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik untuk seluruh umat manusia.

Antara sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w ialah:
• Baik hati
• Jujur
• Pemalu
• Lemah lembut
• Rendah hati
• Tidak pernah memberatkan orang lain
• Sangat sederhana
• Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan
• Suka memaafkan dan merelakan
• Penuh kasih sayang 
• Selalu memberi petunjuk
• Selalu tersenyum

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasululah s.a.w sempena hari yang mulia ini.

Credit: SKSS 2.

Tuesday, January 22, 2013

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH~






WASATIYYAH ialah perkataan dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan wasat dan wusta yang boleh diertikan dengan adil, terbaik, sederhana, seimbang dan pertengahan. Terdapat beberapa rujukan ayat-ayat al-Quran bagi memahami maksud wasat secara lebih jelas tentang konsep sebenar wasatiyyah. 
(rujuk al-Baqarah: 143)

Tafsiran kedua boleh dirujuk melalui surah al-Baqarah ayat 238). Wusta dalam konteks ayat ini menurut pandangan ulama tafsir adalah dari sudut bahawa solat Asar itu adalah terbaik dan mempunyai kelebihan, pertengahan dari segi bilangan dan waktu. Tafsiran ketiga pula ialah melalui surah al-Qalam ayat 28.
Analisis rangkuman daripada ketiga-tiga ayat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa wasatiyyah bermaksud adil, baik, pertengahan, seimbang dan sederhana.

Dalam konteks kerajaan, penghayatan terhadap konsep ini sebenarnya bukanlah satu idea baru, malah ia adalah pelengkap dan kesinambungan kepada dasar-dasar Islam yang telah dahulu diperkenalkan seperti Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, Pendekatan Islam Hadhari dan sebagainya.
Merujuk ayat 143, surah al-Baqarah yang menyebut perkataan ummatan wasata, beberapa kitab tafsir cenderung membahaskannya dari sudut pengertiannya sebagai adil, baik, pertengahan dan sederhana. Sebagai contoh, Imam Fakr al-Din al-Razi dalam kitab tafsirnya menghuraikan wasatiyyah itu daripada pelbagai dimensi.

Adil dianggap sebagai pertengahan di antara dua keadaan iaitu antara melampau dan mencuaikan. Begitu juga dianggap adil dan pertengahan sebagai pengimbang di antara dua pihak atau unsur yang bertentangan.
Penjelasan ini bertepatan dengan maksud ayat seterusnya yang menyebut agar adil itu menjadi sifat kepada umat Islam supaya layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia lain akan kebaikan Islam.

Daripada dimensi yang lain, al-Razi juga menjelaskan wasatiyyah dalam hal agama iaitu keseimbangan di antara dua keadaan terlalu ekstrem dan terlalu mencuaikan, maka kesederhanaan itu yang menjadi keutamaan.

Beliau menjelaskan bahawa umat Islam seharusnya bersederhana dan lebih seimbang dalam beragama, lantaran tidak terlalu melampau seperti contoh penganut Nasrani yang mengaitkan Nabi Isa sebagai anak Tuhan, manakala penganut Yahudi pula membunuh para nabi dan penyelewengan kitab mereka.
Berdasarkan analisis ini, penulisan ini lebih cenderung dalam mengaitkan wasatiyyah itu dengan konsep adil dan bersederhana. Pada masa sama menolak sebarang unsur kezaliman dan berlebih-lebihan.

Konsep ini apabila dipegang dan diamalkan, mampu untuk membentuk ummah yang progresif, bersatu padu dan menjunjung nilai persefahaman antara satu sama lain.
Banyak ayat-ayat al-Quran menekankan kepada konsep bersederhana dan tidak melampau dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (rujuk Hud: 112). Ayat ini menjelaskan konsep istiqamah dalam melaksanakan sesuatu perbuatan.

Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami Li Ahkam al-Quran menyatakan bahawa istiqamah dalam ayat bermaksud berterusan dalam mendirikan segala perintah Allah kepada manusia dan dalam masa yang sama, manusia diberi amaran untuk tidak bersikap melampaui batas dalam beramal. Dibimbangi akan mendatangkan kesan yang tidak baik seperti penat, jemu dan sebagainya.
Perkaitan di antara larangan melampaui ini dengan menolak kezaliman disusun cantik oleh Allah SWT dalam ayat seterusnya.

Kedua-dua ayat ini saling berkaitan antara satu sama lain kerana ia nampak sinonim dalam mengaitkan hubungan membentuk budaya bersederhana dan menjauhi kezaliman agar sentiasa berada dalam kebaikan secara berterusan.
Wasatiyyah itu dijunjung dalam kerangka menjadikan keadilan itu sebagai neraca pertimbangan kerana adil itu sendiri memberi maksud meletakkan sesuatu itu kena dan wajar pada tempatnya. (rujuk al-Maidah: 8 dan al-Nahl: 90)

Pemahaman terhadap Maqasid al-Syariah atau objektif di sebalik pensyariatan sesuatu hukum juga mesti diketahui untuk mengelakkan daripada beramal secara membuta-tuli. Kegagalan umat Islam memahami objektif syarak itulah di antara punca salah konsep dalam beramal dan mendatangkan kecelaruan kepada ummah.

Untuk menuju kepada kesederhanaan beramal, amat perlu diberi penekanan kepada kefahaman jitu di antara tuntutan fardu ain dan fardu kifayah serta antara wajib dan sunat. Kesemua konsep ini perlu difahami dan diketahui sebagai langkah awal menyusun keutamaan dalam beribadat secara konsisten dan mengelakkan beramal secara melampau.