Kisah Sudah ke Belum….
Sedang sya chat dengan kawan baik sya Si Ieja, dia suruh sya view youtube kisah "Sudah ke belum?" Ieja kata cerita hantu. Seram. Sya pun view youtube tue. Boleh la tahan seramnya. Bagi Ieja, mungkin cerita yang ditengok di youtube sangat seram. Tapi bagi sya yang pernah mengalaminya, biasa saja. Memang kat dunia nie ada makhluk Allah selain daripada manusia.Ya, Jin dan Syaitan. Sya memang minat dengan kisah mistik. Sangat-sangat berminat tau. Sebab apa? Jom ikuti kisah sya pula.
Ketika sya berada di tingkatan 1, tahun 1999 di sekolah asrama penuh . Waktu tu maghrib. Sya pergi ke tandas seorang diri mengambil wudhuk. Toilet tu macam biasala ada 5 shower mandi dan juga 5 tandas. Tapi ada satu tandas yang tak dapat digunakan. Mungkin rosak atau tersumbat. Oh ya, waktu sya sedang leka mengambil wuduk, tiba-tiba bulu roma sya meremang seperti ada yang memerhatikan. Sya pun menoleh ada seorang perempuan berdiri tegak dihujung tandas memerhati sya dengan mata terbeliak. Sya pun apalagi, lari tak jejak kaki ke bumi ke dorm sya. Sya mengadu pada ketua Dorm, kak Jue tentang apa yang sya nampak. Kak Jue orangnya cool je.Dia yang tenangkan sya. Kisah pertama sya di toilet tak berakhir di situ saja. Sya menjadi lebih berani sebab sya percaya makhluk ghaib takkan membunuh sya. Sya percaya Allah lebih berkuasa. Oleh kerana sya berani, macam- macam cabaran dan gangguan yang sya lalui sepanjang berada di sekolah asrama.
Setelah masuk tahun kedua sya disekolah asrama, tahun 2000.Seperti biasa ada kelas prep malam. Prep di kelas masing-masing. Waktu menunjukkan baru pukul 8 malam.Semua pelajar sudah ke kelas dan asrama puteri pula sunyi. Sya pula tertinggal buku di dalam dorm. Jadi, nak tak nak, sya terpaksa balik ke asrama puteri mengambil buku. Ketika itu, sya keseorangan. Tiada pula kawan berteman. Sya mula mencuri-curi masuk ke dalam bilik dorm, lampu tidak dinyalakan sebab takut warden asrama nampak. Buku dicapai diatas katil, sya pun keluar menuju ke pintu bilik dorm. Ketika hendak menutup pintu dorm, mata sya terpana pada "seseorang" yang duduk diatas katil. Berpakaian putih, berambut yang amat panjang memerhatikan sya. Ya Allah, Subhanallah! Bila masa pula ada ahli dorm yang baru. Pemalas pula nak gi kelas prep. Sya terpaku sebab melihat makhluk Allah yang lain dari yang lain.Agak lama juga. Akhirnya sya tersedar, sya tutup pintu dan berjalan keluar dari pintu asrama tanpa kata. Tidak pula pengsan atau menjerit. Tiada apa-apa perasaan.
Sya tidak menceritakan kepada sesiapa pun tentang apa yang sya nampak. Sehingga, pada suatu malam, sya stay up mentelaah pelajaran pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba jiran katil sya, Rose terbangun dari tidur. Sya perhatikan saja tingkahlaku Rose. Duduk di katil tapi mata terpejam. Mengigau ke? Kata hati sya. Rose tidak bercakap sepatah kata, tapi tangannya seperti menyikat rambut yang panjang. Sebenarnya rambut Rose pendek saja. Macam rambut lelaki. Sya perhatikan saja. Tiba-tiba fikiran sya teringat tentang Cik Pon yang sya nampak. Memang tak syak lagi. Cik Pon hari tue duduk kat katil Rose. Sya pun apa lagi malas nak tengok lebih-lebih. Terus berselimut ketakutan.
Oleh kerana tidak tertahan mulut lagi, sya menceritakan segalanya pada Rose. Rose nie nampak saja perangai macam tomboy tapi penakut sangat orangnya. Akhirnya kisah sya nampak Cik Pon dah tersebar pada semua ahli dorm. Semua takut. Ini yang malas sya nak cerita kat diorang. Bila tiba waktu malam, Rose dah tak tidur kat katil dia. Katil sya pula jadi mangsa. Berdua lebih baik. Ada suatu malam, kakak senior sya yang berada di tingkatan 4 mengejutkan sya dari tidur. Suruh teman ke tandas katanya. Sya pun memang jenis tak kisah, temankan kakak tue. Sebab diorang tahu sya berani kot? Seperti biasa tiada apa yang ganjil lagi berlaku di tandas. Ketika perjalanan dari tandas ke dorm, mata sya pula yang ternampak kelibat orang di tingkat 2. Asrama sya mempunyai 3 tingkat. Sya berada di aras bawah sekali. Apa yang sya nampak? Biarlah rahsia.....Oklah, sampai disini saja untuk kali ini. Bersambung.~
No comments:
Post a Comment