Friday, June 17, 2011

3,2,1 Cinta ~ TIPS MEMIKAT LELAKI


اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ


Dah tgk 3,2,1 Cinta? Citer nie best la jugak..sy bagi 4 bintang~ Sy bukan nak wat review tentang filem nie.Sy tertarik ngan filem 3,2,1 Cinta sebab watak utama SAM(Siti Aisyah Mohamad) sama nama . Sebab tu sy tgk filem nie..tapi sy tak tomboy, okeh.

Artikel " Perigi cari timba, nisbah wanita kepada lelaki 37:1"~ Memang tak dinafikan kaum wanita lebih ramai dari lelaki.. Mesej cerita nie membuatkan sy berfikir tak salah kalau nak 'mengurat' lelaki. Sedangkan Siti Khadijah pun meminang Rasulullah S.A.W~

Hakikatnya, wanita sering jual mahal..termasuklah diri ini.. Risau gak apabila SAM (Diana Amir) kata " Aku tak nak jadi ANDARTU!" Hati wanita mana yg tak risau jika dah berusia tapi tak berumahtangga lagi. Jodoh takkan datang kalau kita tak cari...Sy menyeru wanita yg masih single lagi buangla sikap menunggu jodoh datang. Tak salah pun mengurat lelaki tapi biarlah berpada2...(wah statement aku tak boleh blah! hahahaha)

Dalam hal ini, penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood bagi tip baru bagi membantu wanita agar cepat mendapat jodoh. Antaranya ialah membaca doa yang dipetik daripada ayat empat , Surah Yusuf dan kemudian mengambil air lalu disapukan ke muka. Sambil itu, sematkan seribu satu pengharapan dalam hati agar lekas mendapat jodoh.

Menurut beliau, amalan doa itu juga perlu disusuli dengan solat hajat dan istikharah (solat mohon petunjuk) sambil berusaha menjadi wanita solehah.Beliau berkata, fenomena lambat atau tidak berkahwin khususnya dikalangan wanita tidak seharusnya berlaku kerana ia ibadat yg digalakkan oleh agama..

50 tips memikat Lelaki ;)
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
♥♥◦°˚˚YA ALLAH, KU INGIN JODOH YANG TERBAIK◦°˚
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•

P/s: Tips nie sy copy paste dari website tentangcinta~ terpulang kpd anda nak follow ke tak..sekadar sharing is caring~

12 comments:

  1. Mamu06:55

    Jangan sia-siakan Cinta Pandang Pertama...

    ReplyDelete
  2. cinta pandang pertama ...jgn sia2kan cinta :)

    ReplyDelete
  3. ehee..boleh pakai nih! yeah! >.<

    ReplyDelete
  4. 51. Paling rendah maharnya.
    52. Paling kurang merajuknya.
    53. Tidak memerhatikan gerak gerinya secara diam-diam.
    54. Paling rendah nada suaranya.
    55. Berada di sampingnya dalam apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  5. ohhhh rugi sgt smlm tak dpt tgok cte nim... terlambat sket je. huhu.. btw, folo u cantek :)))

    ReplyDelete
  6. Paling suka yg ini:
    Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
    Jangan hipokrit

    ReplyDelete
  7. kalau complete set semua ni mmg sangat bertuah kann:)

    ReplyDelete
  8. memang sgt bertuah kak Es :) sukar nak mencari yg sempurna, andai dah bertemu, jagalah ia dgn sebaiknya :)

    ReplyDelete
  9. yang paling penting, jangan degil, jangan asik buat kesilapan yang sama, jangan buat si dia marah, jujur,tolak ansur, lemah lembut, se brutal mana pon lelaki tu,die tetap akan mencari sorg pompuan yg baik utk dijadikan isteri & ibu utk ank2 die...

    ReplyDelete
  10. tips plg penting. cari je lelaki yg sempoi. hehe

    ReplyDelete
  11. jodoh y baik tu untuk org y baik...janji Allah tu.pegang y tu je...tak yah la tips2 ni ngarut...he.bukan tak suka tips.just hidup ni tak leh nk ikut tips sgt...sori...wallahualam...

    ReplyDelete
  12. Anonymous11:46

    best kan crite tu.. tp kn kt mesia laki ag rmai dri pmpn?? hehe.. fakta berita tv3.. :)

    ReplyDelete