Monday, June 20, 2011

CONTEST: KENANGAN MANIS DAN PAHIT


اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ




(CLICK BANNER LINKED)

SATU (Prolog)

Cerita ini benar-benar berlaku. ADA kena mengena dengan yang hidup atau mati. Oleh itu, nama watak dalam cerita ini aku tukar.

DUA

Aku baru berpindah ke rumah baru bersama family. Kawasan yang agak terpencil dari kesibukan kota.Memang itu yang ibu mahukan. Tinggal di kawasan yg aman damai. Aku perincikan kawasan rumah baruku sebuah rumah ditengah dikelilingi dengan kawasan tanah yg luas. Anda bayangkan rumah seperti Farmville. Dengan keluasan tanah boleh bercucuk tanam, dibelakang rumahku ada sebuah kolam.Ingin kugambarkan betapa besar kawasan rumahku. Tapi itu bukan tajuk ceritanya.Aku ingin ceritakan tentang jiranku. Jiranku paling dekat rumahnya terletak di kawasan atas bukit. Mungkin mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Oleh kerana jarak yang agak jauh, aku tidak peduli atau ingin tahu tentang jiranku. Lagipun, keluarga kami saja yang muslim. Jiranku non-muslim.

Suatu hari jiranku datang ke kawasan rumahku. Tangan dihulur, kami berjabat tangan.

“Im David”. Jiranku memperkenalkan diri. “ Aisyah” ujarku ringkas memperkenal diri lantas meleraikan tangan yang sedang berjabat.

Masa berlalu dengan pantas, hubunganku dengan jiran bertambah erat walaupun berlainan agama. Adik-beradik David seramai 5 orang agak rapat denganku.David anak yang ketiga. Aku rapat juga dengan kakak David, Daniella.Sekurang-kurangnya aku tidak kesepian kerana ada teman bicara.

Suatu petang yang hening, aku bersama David dan Daniella duduk di bawah pohon yang rendang di kawasan rumah David yang berbukit. Kami ingin melihat matahari terbenam.

“ Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah yang menjadikan langit dan bumi” getusku didalam hati.

“Aisyah, kami nak beritahu satu rahsia. Tapi janji jangan beritahu sesiapapun.” Tiba-tiba Daniella membuka bicara.

“Okay, cross my heart!” Aku teruja.

“Daniella dan David nak peluk agama Islam.” Lembut tutur kata Daniella. David hanya angguk mengiyakan..

“ Are u guys kidding?” Aku bagaikan tidak percaya. David bersungguh-sungguh meyakinkan aku yang terkedu. Saat itu, aku lihat wajah David dan Daniella seperti sangat bahagia dan bercahaya. Petang itu, aku balik ke rumah dengan 1001 persoalan mengapa jiranku hendak memeluk agama Islam.

TIGA

Seperti biasa pukul 8 malam aku makan malam bersama ayah, ibu, adik dan pembantu rumahku, Kak Radzma, orang philippines berbangsa suluk. Aku teruja ingin menceritakan peristiwa petang tadi mengenai David dan Daniella yang ingin memeluk Islam. Tetapi aku teringat aku sudah berjanji, maka ceritaku terbantut. Selepas menonton warta berita dan cerita menarik di televisyen, kami sekeluarga pun tidur.

Aku tersentak dari lena, jam menunjukkan 3 pagi. Tiba-tiba, aku terdengar seperti bunyi letupan dan laungan jeritan meminta tolong sayup-sayup kedengaran. Aku ingat aku bermimpi. Aku bingkas bangun dan mengintai tingkap rumahku. Cahaya api yang marak dari rumah jiranku!

“Ayah, bangun!! Rumah jiran kita terbakar! Aku mengejutkan ayah dan semua family. Aku kaget. Ayahku menelefon talian kecemasan dan kami sekeluarga pergi ke tempat kejadian. Aku berdoa dalam hati semoga Daniella, David dan semua keluarga selamat.

Ternyata aku silap. Laungan meminta tolong terhenti. Api yang marak menjulang tinggi membakar rumah jiranku. Aku tidak mampu berbuat apa. Kelibat jiranku juga tidak kelihatan. Setelah api berjaya dikawal, rumah hangus hitam seperti kayu arang.. Aku menangis..aku tahu Daniella, David dan kesemua keluarga seramai 6 orang telah pergi buat selama-lamanya..

Mayat Daniella dan David ditemui rentung mati berpelukan. Aku tidak sanggup melihatnya. Kehilangan insan yang amat rapat denganku,adalah pengalaman pahit dan sukar untuk diterima. Air mataku berlinangan... Tidak dapatku tahan lagi. Dadaku sebak saat cerita ini aku taip.....

EMPAT (Epilog)

Hampir bertahun kisah pahit ini berlaku. Namun, masih segar diingatanku. Rasanya baru semalam aku, David dan Daniella berbual-bual. Yang tinggal hanya secebis nostalgia. Sejak peristiwa itu, aku dan keluargaku telah berpindah ke rumah baru. Jauh beribu batu. Aku berjanji pada diri ini, suatu hari nanti aku akan ‘kembali’ melawat bukit dan menyaksikan matahari terbenam. Sesungguhnya setiap pertemuan ada perpisahan.


Oleh kerana cerita kenangan pahit, sy takde gambar....

TAG:
Tarikh tutup CONTEST : 22 JUNE 2011 10p.m

P/S: Demi Allah, cerita ini benar-benar berlaku. Oleh itu, sy tidak benarkan pembaca share story sy tanpa pengetahuan sy. Maaf penulisan bhs melayu sy agak kucar kacir~ salam ukhwah fillah abadan abada to Datin Tyka.

3 comments:

  1. alldabest untuk contest ni...

    ReplyDelete
  2. Meus agradecimento, o abrigado por mim visitar espero vê-la mais te aguardo... beijinho!

    ReplyDelete
  3. hu..sedih..rasa sangat susah nk terima bila kehilangan kwn2 yg rapat..sungguh. Tapi, cuma ingtkan diri la yg perancangan ALLAH tu adalah sebaik-baik perangcangan untuk hambaNya..

    ReplyDelete