Monday, October 10, 2011

Formula Facebook 9:1


اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ

Assalamualaikum dan hai semua...

Adakah anda pengguna Facebook? Anda pernah menonton video di youtube? Anda sering membaca blog? Revolusi internet kini melanda di mana pengguna Facebook, penonton youtube dan pembaca blog adalah pengguna paling ramai. Tetapi tahukah anda cara menjana pendapatan menggunakan laman web sosial ini? Sering kali, kita menggunakan laman sosial....untuk bersosial. Tetapi sebenarnya laman- laman sosial ini merupakan lubuk emas dimana anda sebagai pengguna facebook, youtube, blog, twitter dan sebagainya boleh menjana pendapatan!

Caranya? Dengan mempelajari kaedah perniagaan Internet Media Sosial~

Pada 9 Oktober 2011, sy menghadiri preview Revolusi Prelude: Formula Facebook Bersama Irfan Khairi @IK di Jb. NAMA sebenarnya ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi.

click-----.> Facebook Irfan Khairi. Beliau seorang yang ‘talkative’ dan lembut tutur katanya. IK berkongsi ‘rahsia’ bagaimana cara menjana pendapatan melalui facebook. Terlalu banyak ilmu yang dipelajari sehingga sy tidak mampu nak sampaikan semua. Sy share sikit je…

Selalunya orang ramai akan ignore IKLAN-IKLAN di Facebook. Dan diorang akan ‘menyampah’ kalau tag gambar. Contohnya : Anda menjual tudung tapi anda tag gambar tudung promosi di wall facebook lelaki. Jadi pastikan prospek anda ialah wanita yang bertudung. Anda kena fokuskan prospek anda.

Formula Facebook yg sy pelajari ialah FORMULA 9:1 .

FORMULA 9:1 bermaksud 9 kali share : dan 1 Promosi. Maksudnya disini, jangan penuhkan wall dengan semua iklan yang sama. Contoh: Jika anda penjual tudung, 9 kali update share artikel tentang tudung seperti : Cara pemakaian tudung, Siarkan video tutorial memakai tudung, atau sebagainya tentang tudung. Selepas itu barulah update 1 kali promosi jualan tudung…

Kalau anda iklan benda yang sama , orang akan bosan dan akan ignore. Sekurang-kurangnya prospek anda mendapat maklumat dan rasa 'yakin' untuk membeli produk anda. Jadi kita kena tahu taktik ‘mencuri hati prospek’. Jika kita dah dapat prospek, kita kena selalu 3C. Constant Contact, Constant Reminder dan Constant Update. Contoh terbaik Irfan Khairi selalu menghantar email dan update walaupun sedang bercuti. Senang cerita, selalu keep in touch :)

Okaylah, sy bagi 1 Strategi, kalau nak lagi 66 strategi pemasaran sosial yang pasti membuka mata, minda dan hati anda dalam teknik dan strategi menjana pendapatan dari internet, anda boleh layari

www.IrfankhairiLive.com


P/s: Tak boleh share banyak2 tips..nak tahu kena hadiri Revolusi Media Sosial..hehehehe

No comments:

Post a Comment