Sunday, October 2, 2011

AURA LIFEISRICH (✿◠‿◠)

اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi tentang sedikit ilmu . Mungkin ramai sudah mengetahui apa itu AURA. Ianya adalah jaluran tenaga elektromagnet yang mengelilingi tubuh manusia di dalam bentuk bujur telur dengan warna-warna pelangi yang cantik. Ianya juga dipanggil Energy Body, Bioplasmic, Pranic Body, Vital Body, Etheric Body. Tubuh Pendua, Qarin bertindak sebagai perisai manusia dari serangan penyakit atau kuman dalam bentuk persekitaran bioplasmic. Manusia yang sihat tubuh badan dan spritual mempunyai Aura yang sangat cantik seperti pelangi. Jika bersih hati budi seseorang, maka lebih cantiklah Auranya. Maka terlebih serlah dirinya dengan kelihatan begitu berseri-seri dan mudah didampingi kerana membawa personaliti menarik.


Aura juga banyak dipengaruhi oleh tubuh fizikal, emosi serta faktor ,contohnya bila seseorang itu marah Auranya akan bertukar menjadi MERAH yang selalu dikaitkan dengan kepanasan. Jika terjadi begini hendaklah orang itu membayangkan dirinya kembali diselubungi warna HIJAU yang tentunya akan mententeramkannya dalam beberapa ketika.

Bila seseorang itu sentiasa berfikiran negatif, Auranya akan menjadi begitu lemah lalu ia akan menjemput perkara-perkara buruk akan mendatangi dirinya. Aura manusia saling memancarkan gelombang serta bertukar-tukar tenaga dengan Aura orang lain. Sebab itulah apabila kita pulang dari melawat orang sakit di hospital, badan kita akan menjadi lemah dan perut terasa lapar kerana banyak tenaga Aura kita telah diserap oleh orang sakit yang tenaganya lemah.

Contoh yang paling mudah sekali ialah anak-anak kita, kadangkala kelakuannya begitu mudah berubah hanya akibat pergaulan dengan rakan-rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama. sebab itu, selalunya kita akan mendapati bahawa sekumpulan manusia itu akan mempunyai minat, kecenderungan, pemikiran malah gaya hidup yang sama kerana ada keserasian Aura antara mereka. Disebaliknya pula kadangkala kita tidak dapat menerima atau serasi dengan seseorang itu jika Aurannya dan Aura kita masing-masing memancarkan gelombang berbeza.

Ketenangan, keheningan serta kesabaran mampu memelihara Aura anda supaya stabil dan harmoni. Aura tidak dapat dilihat oleh mata kasar, cuma sesetengah orang yang dianugerahkan kebolehan untuk melihat Aura. Namun jika kita mempelajari ilmu tentangnya dengan menghadiri kursus, kita mampu mengesan serta membaik pulih Aura dengan menggunakan teknik tertentu.

Saya telah membaiki Aura dengan menghadiri Workshop Aura Life is Rich. Produk-produk Life is Rich adalah sangat efektif dan diyakini sepenuhnya untuk membersih dan membaikpulih sistem aura manusia. Saya juga telah mendapatkan diagnosis foto aura melalui kamera khas dan sensor berteknologi tinggi.


Jadual Penuh Workshop Mini Aura:

  1. 2/10/2011 (Ahad) ; Orchid Ballroom - Hotel Thistle, JB mulai jam 12.30t/hari – 2ptg.
  2. 9/10/2011 (Sabtu) ; Dewan San Choon - Wisma MCA KL mulai jam 12.30t/hari – 2ptg.
  3. 15/10/2011 (Sabtu) ; Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, P.Pinang mulai jam 9pg – 12t/hari.
  4. 16/10/2011 (Ahad) ; MITC Melaka mulai jam 12.30t/hari – 2ptg.
  5. 22/10/2011 (Sabtu) ; Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Terengganu, mulai jam 12.30t/hari – 2ptg.
  6. 23/10/2011 (Ahad) ; M. S Garden, Kuantan mulai jam 12.30t/hari – 2ptg.
  7. 25/10/2011 (Selasa) ; De Palma Shah Alam, mulai jam 8.30mlm – 10mlm.


    1. Website :--------->LifeisRich
Facebook:--------->http://liferich.com.my/
Maklumat lanjut hubungi:
LR International Marketing Sdn Bhd
(925378-T)
No 25A, Jalan Wawasan 2/2
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-4297 1929
Faks: +603-4296 1929
Email : support@liferich.com.my

P/s: Terima kasih kepada En.Mohd Asri dan isteri Pengasas Life is Rich kerana berkongsi ilmu aura dan mengubah kehidupan saya. Sesungguhnya Allah maha pemberi..kita hanya berusaha dan berserah kepadaNya..Amin ya rabbal alamin...


No comments:

Post a Comment