Tuesday, October 6, 2009

About me :)

♥Ismi Siti Aisyah~ ♥ Aisya سيتي عإيشه ♥


♥May,24th 1986 ~JB~



♥BA(Hons)English



♥ reading, swimming, psp



♥happy go lucky



I ♥ meeyau~



I ♥ On9 n Games


I ♥ blogging



ASSALAMUALAIKUM…..
اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Setelah sekian lama sya tidak mencoretkan luahan hati. Entah mengapa sya ingin berkongsi apa yang sya rasa selama ini. Mungkin luaran sya nampak bahagia, tapi hati ini hanya Allah saja yang tahu. Kekecewaan semalam tidak boleh sembuh dalam masa yang singkat.Ya, memang sya telah GAGAL dalam bercinta. Tapi, CINTA mengajar sya erti hidup dan siapa sya sebenarnya. Orang kata jika kita bercinta, bersedialah untuk hati dilukai. Benarkah ungkapan itu? atau sekadar omongan kosong. Betapa luka hati ini , selama 3 tahun menanggung seksanya. Bukan senang hendak melupakan kenangan silam. Sukar memadam memori semalam.....
6 JUN 2002
Ketika ini sya berada tingkatan 4, di sekolah berasrama. Sya berkenalan dengan seorang fasilitator yang mengendalikan program motivasi di sekolah sya. Perkenalan pertama sya menganggapnya sebagai abang senior yang boleh berkongsi pendapat, bertanya tentang halatuju selepas SPM dan sebagainya. Rupa-rupanya perkenalan ini membawa kepada hubungan yang lebih serius.
6 JUN 2004
Setelah 2 tahun mengenali orang yang sama, keserasian mula dirasakan. Akhirnya, sya mendapat teman lelaki yang pertama.Ya, Cinta pertama. Orang kata bila bercinta, semua indah belaka. Sya menyenangi peribadi cinta pertama sya kerana sikapnya yang mengambil berat tentang pelajaran sya dan sikapnya yang matang. Atas dorongan dia, sya berjaya menjejakkan kaki ke Universiti. Dia segalanya bagi sya, pembakar semangat sya untuk berjaya. Dia juga lelaki pertama yang membuatkan sya menitiskan airmata..
6 JUN 2006
Seperti awan mendung yang berarak, bawa tangis bawa hujan. Akhirnya hubungan sya dengan cinta pertama sya telah putus di tengah jalan. Abang yang sya sanjung dan hormat selama ini telah mengaku sudah bertunang kerana desakan keluarga. Sya ketika itu terumbang-ambing. Seperti orang hilang pedoman. Sya ingat lagi sya jalan tidak tahu arah tujuan ikut langkah kaki sambil menangis teresak-esak.Tidak peduli dengan orang ramai yang melihat. Ketika itu, sya final exam di Universiti. Pointer sya jatuh mendadak disebabkan tidak menjawab paper dengan baik.
SEPTEMBER 2007
Sya mula berjinak-jinak dengan dunia maya internet. Sya join myspace, friendster, facebook , hi 5 dan seumpamanya untuk mencari teman siber. Untuk mengubat hati yang kesunyian dan kesedihan yang melampau. Sya mula kenal dengan bermacam-macam lelaki. Ada yang hensem, tak hensem, yang tua ada yang muda, selebriti artis dan orang biasa, ada kaya ada yang miskin, ada kaki penipu, ada kaki perempuan. Ada juga yang alim tapi suami orang. Yang lesbian pun tidak ketinggalan Lebih-lebih lagi si player yang bijak bermain kata. 1001 ragam manusia sya telah jumpa.
Cinta kedua sya berkenalan secara tidak sengaja. Bertemu ketika konsert. Sya mengambil gambar kenangan dan tandatangan tetapi num telefon yang dihulur untuk dihubungi. Sya kenal dia pada tahun 2005. Tetapi kami telah declare sebagai couple pada tahun 2007. Kerjaya cinta kedua sya sebagai penyanyi nasyid membataskan hubungan sya. Sya perlu menjaga hubungan ini supaya nama baik beliau tidak tercemar dengan gosip. Ada ketikanya sya menjadi insan yang lemah kerana sya orang biasa. Siapalah sya? Sya manusia yang lupa. Lupa siapa sya sebenarnya.. Akhirnya, cinta kedua sya berakhir .Sya rela pergi tanpa rasa menyesal sedikit pun. Sampai sekarang jika mendengar suara atau lagu beliau di corong radio, lebih baik matikan dari mendengar suara yang menyakitkan hati ini...Cerita terkini, beliau telah berhenti dari dunia nyanyian dan menetap di Mekah bersama zaujah~ Sya baca pun melalui ruangan gosip artis...biarkanlah..asalkan dia berbahagia...
APRIL 2008
Cinta ketiga sya juga tidak kekal lama. Cinta ketiga sya ialah seorang penyampai berita Astro . Kami bercinta agak kelakar kerana jika sya rindu ingin menatap wajahnya, sya boleh melihatnya live di kaca televisyen. Tapi hubungan ini tidak lama,biarlah hati ini singgah sekejap dalam hidupnya. Cinta ketiga sya orangnya sangat jujur. Dia banyak mengajar sya menjadi insan yang luhur dan jujur. Mungkin selama sya bercinta tidak ada sifat jujur dalam diri? Sya memang banyak membuat kesilapan dalam hubungan ini dengan cinta ketiga sya. Oleh kerana sikapnya yang jujurla hubungan sya dan dia berakhir dengan cepat. Cinta ketiga sya menjadi teman yang baik. Pada tahun 2009, cinta ketiga Sya telah mendirikan rumahtangga. Isterinya pun bernama AISYAH.Semoga berbahagia...Awak bulan buat saya selama-lamanya......
SEPTEMBER 2008
Ramadhan datang lagi. Ketika ini sya amat sedih kerana teringat cinta yang pertama. Kenapa cinta pertama juga yang perlu diingat? Bukan kedua atau ketiga? Kerana cinta pertama sya ialah cinta sejati. MUNGKIN. Sya selalu berdoa kepada Allah dapat jodoh yang baik. Sya percaya, jika sya baik, sya akan dapat lelaki yang baik. Ketika bulan ramadhan , cinta pertama sya menghantar mesej mengatakan beliau sudah menimang cahaya mata yang pertama. Cinta pertama Sya menghantar MMS gambar anaknya.. Sungguh terharu, sedih, gembira bercampur-baur. Akhirnya airmata menitis setelah sekian lama tidak menangis...
OKTOBER 2008
Pada ketika ini Sya akan mencintainya seseorang LELAKI kerana AGAMA yg ada padanya..bukan kerana hensem, kaya ,bekerjaya. Terima kasih kerana mengajar Sya tentang pengertian CINTA. Sesungguhnya, Sya amat bersyukur dengan hubungan ini walaupun cuma seketika~.

JANUARI 2009 , JANUARI 2010,JANUARI 2011, JANUARI 2012..
SINGLE IS SIMPLE
JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAMU..
ƸӜƷ Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
ƸӜƷ Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
ƸӜƷ Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
ƸӜƷ Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK....

No comments:

Post a Comment