Wednesday, October 7, 2009

Ibu Kaulah Ratu Hatiku~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera luar biasa. Apakah ini hasil nukilan pertama Sya yang anda baca? Kepada yang baru, selamat datang, selamat berkenalan. Sya menulis sekadar suka-suki saje. Bukan menulis secara professional tau. Maaflah andai bahasa yang digunakan tidak menepati citarasa anda.

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini pasti mempunyai seorang ibu, mak, mama dan seumpamanya. Kepada yang telah kehilangan ibu tercinta, sedekahkan Al-fatihah. Dan kepada anda yang masih mempunyai insan yang bergelar Ibu, hargailah pengorbanannya, jerit payah Ibu membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Ok, sempena birthday ibu Sya yang tercinta , Sya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 50 tahun. Semoga Ibu dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah.. Amin. Tiada hadiah istimewa dari Sya untuk Ibu tercinta kerana pengorbanan Ibu tidak terbayar dengan wang ringgit.

IBU KANDUNG

Sya mempunyai seorang ibu kandung yang sangat sporting dan memahami. Ibu Sya dilahirkan di Johor pada tahun 1959. Ibu Sya nie mempunyai 10 adik beradik. Ibu anak kedua terakhir dalam keluarganya. Disebabkan adik-beradik yang ramai dan kehidupan dulu agak susah, Ibu Sya belajar dari kepayahan dan menjadi wanita yang berjaya pada masa kini. Jika ditanya siapa idola Sya, tak lain dan tak bukan ialah Ibu sendiri. Sya ingin menjadi seperti Ibu, pandai masak, menjahit, tanam pokok (sebab Sya tak pandai sebenarnya). Kelebihan Ibu Sya paling ketara ialah beliau pandai melukis. Kerjaya Ibu Sya ialah seorang arkitek. Cakap jela, nak lukis pelan bangunan, rumah, kapal ke. Tak ada hal punya! Ibu juga seorang yang rajin bekerja, tekun dalam menjalankan tugas. Tidak kira apa yang dilakukan,pasti Ibu berjaya melakukannya dengan baik. Ibulah juga pencetus Sya untuk menjadi seorang networker dalam education. Ibu Sya nie mahir dalam bidang IT. Jika berjauhan dengan Ibu, Sya hanya chat melalui webcam saja. Sebab itu Sya selalu online..huhu…Kenangan manis Sya dengan Ibu ialah masa kecik-kecik dulu, Sya selalu kena cubit dengan Ibu sebab Sya tak pandai Matematik. Sakit tau… Tapi, berkat cubit itula, Sya gila Maths...Haha.Tapikan, Ibu tak pernah rotan Sya seumur hidup ini. Kenangan pahit pula, masa tahun 2007, Ibu patah tangan sebab terjatuh. Maka, tugas dekat rumah Sya terpaksa take over walaupun Sya dapat cuti sekejap. Masa tu, Ibu tak dapat berbuat apa selama 3 bulan. Baru Sya dapat bayangkan, penatnya menjadi Ibu melayan kerenah anak-anak. Masa itu, Sya macam orang gaji 41. Sya yang tidak terurus. Kelakar pula bila mengenangkan kisah lalu.

Ini pula kisah Mak angkat sya, sebab Sya mempunyai ramai mak tau~ Bukan mak tiri, tapi mak angkat je….huhu

MAK ANGKAT PERTAMA

Kali pertama Sya mendapat mak angkat ketika tahun 2006. Masa itu, ada program anjuran Universiti Sya. Sya agak janggal sebab kali pertama mendapat famili baru, mak baru. Mak Sya ini tinggal kat Muar or orang sebut Muo, Johor. Yang best dan menarik tentang Mak angkat ni, nama panggilannya ialah Mak Bedah. Dapat bayangkan tak "keramahan" Mak Bedah bila disebut namanya saja. Sya tinggal kat rumah mak, seminggu je. Tiap-tiap malam, selalu Sya tidur lewat sebab Mak bercerita never-ending story. Non-stop. Sya bila dapat mak yang kecoh, Sya pun apalagi, join la sekaki.Ngumpat sana, ngumpat sini.. Mak rajin sms dan call Sya. Sebab dia boring kot, duk kat umah sorang-sorang. Anak semua dah besar ada rumah masing-masing. Jadi, Sya la tempat dia mengadu. Kadang-kadang, Sya balik melawat dia kat Muo. Lagi-lagi time musim rambutan.Sya terkenangkan Sya panjat pokok. Kelebihan Mak sya nie, dia seorang ibu tunggal, tapi berjaya menjadi Bendahari negeri Johor. Mak seorang hyperactive. Meeting sana-sini. Kalau tak dengar cerita pasal mak, sudah tentu dia busy outstation. Mak Oh mak….Udah2 la tue….

MAK ANGKAT KEDUA

Mak angkat kedua Sya pula tinggal kat Pantai Timur. Orang Kelantan. Sya panggil Mek. Sya memang ada masalah komunikasi ngan orang Kelantan. Masa Sya datang wat research kat sini, Sya demam sampai muntah-muntah. Tapi, kali kedua datang Kelate.Sya dah kebal sikit..huhu.. Umah Mek macam-macam ada.. Yang paling best Sya namakan seekor lembu ngan nama "Siti". Ayah angkat sya nie bela lembu, tanam tembakau dan pergi ke laut. Banyak hasil tanaman diusahakan sendiri. Mek pula seorang yang alim sikit. Masa hari pertama kat umah Mek, Sya pakai seluar jeans, disuruhnya tukar pakai kain batik. Lepastu, hari pertama juga Mek suruh Sya masak untuk makan tengahari. Apalagi, Sya masak western food la..huhu. Masa tue, Ayah makan dengan penuh selera. Sya masak hentam je…hahaha.. Masa balik, Mek hadiahkan Sya ngan kain batik 3 pasang. Sya pakai kain batik pemberian Mek sampai sekarang. Bila pakai kain batik, ingat kat Mek. Bila tengok lembu, ingat pula kat "Siti".Abisla Si Siti jadi mangsa korban raya haji ini…Inalillah…..

MAK ANGKAT KETIGA

Mak angkat ketiga Sya ini pula orang ternama. Yela, Puan Sri la katakan. Dia tinggal kat Petaling Jaya. Puan Sri nie Sya panggil Mama je. Walaupun kedudukan dia dihormati, life dia simple dan tak menunjuk-nunjuk. Itu yang Sya kagum dengan Mama. Sya dah berpengalaman mempunyai mak angkat tapi inilah kali pertama Mama mengambil Sya sebagai anak angkat. Layanan yang diberikan cukup istimewa, macam VVIP pula Sya dibuatnya. First day kat rumah Mama, dia jemput semua rakan2 Datin dia datang rumah. Kali ini, Sya jadi pendiam. Sebab org educated boleh judge tuturkata kita. Sya jadi segan kat rumah Mama. Hari kedua Sya, aktiviti bershopping. Sya rimas sebab ada bodyguard yang follow. Macam Sya nak kena colek je. Pastu, Mama jenis control, tak bagi Sya kawan dengan lelaki sembarangan. Tak boleh keluar malam tak tentu pasal. Mama pula jenis suka nasihat. Sya dengar masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Mama suruh Sya tulis surat kat dia selalu, bukan email, bukan cara call. Sebab dia kata, anak-anak muda zaman sekarang dah malas nak menulis surat secara post. Mama, I love U~

MAK MERTUA

Sebenarnya, Sya tak tahu siapa bakal mak mertua Sya. Sya harap dia seperti Ibu, Mak, Mek dan Mama Sya…Janganla seperti dalam kisah Ibu mertuaku.. Majistret, lawyer. Sya nie orang biasa saja. Tidak sempurna, degil, nakal. Sya paling takut dapat Mak mertua. Sya harap Mak mertua Sya sayang kat Sya seperti Ibu yang sayang kat anaknya sendiri. Sya tak kisah dapat Mak mertua yang macamana, asalkan Sya bahagia~huhu……So, sesiapa yang nak rekemen kan sya jadi anak angkat ke, ada mak yang baik ke, silalah…Sya terima dengan hati yang terbuka.

No comments:

Post a Comment