Thursday, December 31, 2009

Suara Hati seorang wanita~


suara hati seorang wanita

Allah yang selayaknya menerima pujian, setinggi-tinggi kasih buat Nabi Khatimul-Anbia'. Terima kasih yang tak terhingga atas bicara tulusmu; lelaki. Sekurang-kurangnya ia melontarkan aku kelembah peringatan yang mendalam. Menarinya penaku kali ini bukanlah untuk menjawab segenap persoalan, tetapi kerana kumasih teguh berpegang : " Dan berpesan-pesanlah ke arah kebaikan Tuhan…"
Mujahid yang berada dalam doaku…

Akulah situlang bengkok yang digubah dari rusuk kirimu melalui perasaan yang mengatasi akal fikiran. Lantaran itu, engkau satu-satunya kejadian ciptaan Tuhan yang ditakdirkan untuk memimpinku melalui iman dan amal solehmu. Betapa aku jua menangisi keporak perandaan akhlakmu yang tidak mampu menjadi imamku; di mana-mana sahaja sapaanmu melunturkan harapan insan selemahku..alangkah pilunya hatiku…

Duhai lelaki yang kunobatkan sebagai Rijal sepanjang jalan….
Seandainya jalanku tidak lurus saat ini, salahkah aku mengharapkan engkau memimpinku kepadaNya dengan ketaqwaanmu sebagai hamba yang menginsafi tanggungjawab mentadbir dunia?? Seandainya lautan akhlakku bergelora dengan ombak kemaksiatan, izinkanlah aku memohon engkau menjadi pewaris a'bidin yang lidahnya sentiasa basah menyebut nama Tuhan.

Bangkitlah duhai insan yang bergelar lelaki; engkaulah yang berada dalam doaku...jua harapan hati kudusku dalam menyemarakkan jailul-Islam.

Maafkan daku dalam melontarkan kata-kata dan harapan ini…namun aku tidak ingin tertewas dengan gelojak mehnah sepanjang jalan ini sendirian, pimpinlah daku kepada Tuhan…bantulah daku dalam mendapat Syurga dan pengampunan Allah…aku tidak mahu menangis dengan tangisan yang tiada nilaian pada pandangan Allah….

No comments:

Post a Comment