Saturday, January 2, 2010

KISAH LELAKI ARAB~

Sya memang suka berkawan dengan sesiapa saja. Termasuk orang Arab. Kenapa ya? Sebab tujuan utama sya ialah untuk mendalami bahasa arab dan juga mempelajari bahasa Al-Quran. Sewaktu belajar di sekolah menengah, sya mengambil subject Bahasa Arab dan alhamdulillah sya mendapat A dalam matapelajaran tersebut. Sebenarnya Bahasa Arab tidaklah terlalu sukar, berbanding dengan bahasa lain. Cuma agak sukar apabila berbual dengan orang Arab itu sendiri. Mereke berbual di dalam bahasa pasar. Tapi, yang dipelajari oleh sya ialah bahasa baku Arab . Agak sukar memahami tutur kata orang Arab yang agak pekat loghatnya itu.

Ketika di Universiti, Sya berkenalan dengan pelajar Master dari Arab. Tidak pula sya bertanya dia dari mana. Asalkan Sya tahu dia orang Arab pun jadilah. Sheikh ini banyak mengajar Sya bahasa arab, sering juga dia mengajak Sya keluar makan. Tapi, ditolak mentah-mentah oleh Sya. Tapi, pada suatu hari, entah macamana pula, pelawaan Sheikh tersebut untuk makan lunch bersama Sya terima. Sebab didalam hati Sya, kesian dah banyak kali Sheikh ini mempelawa Sya. Ketika di restoran, Sya tidak memesan makan, hanya minum sahaja. Sya kononnya tidak suka makan tengahari tapi hakikatnya berasa tidak selesa dengan mata yang memandang di sekeliling.

Ketika Sheikh menghantar Sya pulang ke fakulti semula, sempat dia berkata "Aisya Jamilah." Sya tersenyum malu dikata begitu. Akhirnya si Sheikh ini bercakap dalam bahasa english pula, '' you are beautiful young lady Aisya. You are nice to me. If you don't mind, would like to be my second wife?"

Rasa macam huru-hara dunia Sya ketika itu. Usahkan kedua, kalau jadi yang pertama pun Sya tidak sudi. Memang Sheikh nie dah salah faham dengan hubungan ini. Memang berani mati dan kamikaze la soalan dari Sheikh nie. Sya tak boleh lupakan senyuman nakalnya memandang Sya. Sya dengan ikhlas menjawab TIDAK, NO, LA'. Sya turun dari keretanya dan tidak menoleh kebelakang. Jalan laju-laju. Sejak peristiwa dilamar menjadi isteri kedua, sya tidak bertemu dengan Sheikh itu lagi. Sya belajar bahasa Arab sendiri lagi baik.~





No comments:

Post a Comment