Kenapa anda perlu kaya? Sya ingin menjawab pertanyaan dari Dr.Hm Tuah Iskandar al-Haj, Jawapan yang baik sudah tentulah "Sebab aku nak mewariskan harta secukupnya untuk waris-waris aku." Di dalam agama juga ada disebut, lebih baik kita tinggalkan anak-anak kita dengan harta daripada miskin hingga mereka terpaksa meminta-minta.
"Kejayaan sekarang ini biasanya akan muncul dengan duit. Duit atau wang. Duit itu boleh menjadikan kita kaya. Tak guna berjaya kalau kejayaan itu tak mampu kita terjemahkan menjadi duit." (Sekadar memetik petikan kata dari Dr.Tuah).
Bila sya memikirkan kata-kata Dr, memang ada benarnya. Duit itu penting dalam kehidupan. Semua orang suka dengan duit.Cuma ada tahapnya. Ada suka sangat, ada cukup-cukup sudahlah. Ada yang tak kisahlah asal dapat makan, minum dan berteduh. Sya pernah bertemu dengan orang yang meninggalkan kesenangan dunia, semata-mata mencari keredhaan Allah. Ada seorang hamba Allah yang sya kenal sanggup meninggalkan pekerjaan yang baik ( bergaji besar) kerana mencari dirinya sebenar. Mungkin dia dulu ada segalanya tapi hidup dan jiwanya kosong. Begitulah lumrah manusia. Kaya tetapi merasakan ada kekurangan kebahagiaan.
Sya dulu seorang yang agak materialistik. Suka dengan barang yang berjenama. Ini ditambah lagi apabila Sya mendapat email dari France pada tahun 2005. Email itu sangat meragukan Sya kerana ingin memberi sejumlah wang kepada sya bernilai 450 ribu Euros atau Rm1.2 juta malaysia. Ketika membaca kali pertama, sya mengabaikan email tersebut. Tetapi, bila terkenang-kenang jumlah wang yang banyak, tidur tidak lena, mandi tidak basah. Jadi tidak keruan dibuatnya. Oleh itu Sya mengambil inisiatif, belum cuba belum tahu. Sya mencetak borang, scan ic, passport dan mengisi berhati-hati borang tersebut.
Akhirnya, hati sya tidak tertahan lagi, sya bertanya kepada Ayah tentang email tersebut. Ayah membaca dan berkata ini sendekit penipuan. Tapi ketika itu, sya membantah juga kata Ayah, Sya check bank di France dan bank tersebut benar-benar wujud. Tanpa pengetahuan Ayah, Sya telah mereplay email dengan menyertakan maklumat peribadi, ic, passport antarabangsa. Setelah beberapa lama, pihak dari France tidak menjawabnya. Senyap. Sunyi sepi. Kali kedua Sya mendapat email dari William.G.Smith, sya mendapat 6 Billion pula! Eh, ini dah tak lojik diterima akal. Bila sya memikirkan semula, buat apa la orang tersebut baik hati nak memberi wang kepada Sya. Buang tabiat apa! Oleh kerana fikiran sya masih waras, Sya mengabaikan email-email menarik ini. Biarlah Sya menjadi jutawan fakir. Jika mahu wang, kita kena berusaha!
"Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya TUHAN-ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan DIA juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan DIA-lah juga sebaik-baik pemberi rezeki." Saba',39.
No comments:
Post a Comment