:: 7 Aura Warna ::
Tahukah anda bahawa warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari anda? Kuasai warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood anda setiap hari.
Isnin (Putih) = Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.
Selasa (Merah Jambu/Violet) = Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.
Rabu (Biru ) = Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.
Khamis (Kuning ) = Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.
Jumaat (Hijau )= Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.
Sabtu (Merah)
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.
Ahad (Hitam)
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.
No comments:
Post a Comment