Monday, July 23, 2012

Berkahwin dalam usia muda (remaja)


Assalamualaikum dan hai..

4 Ramadhan 1433 H...
Yang menarik perhatian aku hari nie berkenaan 

Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)




Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) &a Yana (14tahun)


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia MUDA, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku." - HR . Ibnu 'Addi

Ada yang comment negatif dan positive. Sebab orang mempertikaikan mampukah lelaki berusia 16 tahun itu mampu menguruskan rumahtangga, dari mana dia dapat sumber kewangan dan sebagainya. JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Lambat atau cepat ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya, mereka terhindar dari melakukan maksiat. 

 Perempuan masa kini pun janganlah letak mahar atau hantaran terlalu tinggi. Ramai menafsirkan hadith Rasulullah mengenai mahar kahwin dengan ucapan "sebaik-baik mahar adalah mahar yang rendah", sebaliknya yang dimaksudkan adalah "mahar yang mudah". Tidak kiralah berapa nilai mahar yang ditetapkan oleh pengantin perempuan, itu adalah haknya. Pengantin perempuan tersebut yang akan hidup dengan pengantin lelaki, bukannya keluarga pengantin perempuan.


Jadi, keluarga hanyalah menjadi pencadang kepada kadar mas kahwin bukannya penentu kepada kadar mas kahwin. Di dalam Islam juga, sekiranya perempuan tersebut memiliki apa-apa kelebihan (contohnya menjahit, memasak, menjaga anak dsb) maka Islam tidak melarang untuk meletakkan mahar yang tinggi atas asbab kelebihan yang dimiliki oleh wanita tersebut.Begitulah Islam meninggikan seorang wanita, Islam 'melayan' wanita dengan cara yang sangat indah..


"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)



Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya."
(Surah An-Nisa ayat 4)



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




No comments:

Post a Comment