Saturday, July 21, 2012

Beriku kekuatan bulan Ramadhan

2 Ramadhan 1433 Hijrah, 22 Julai 2012.

Assalamualaikum dan hai...

Alhamdulillah, hari kedua bulan Ramadhan. Aku sahur minum Formula 1 (mcm nama kereta F1 pulak) dan air tea je. InsyaAllah kenyang sehingga waktu berbuka nanti. Sebenarnya nafsu makan aku dah takde.. Orang cerita nak berbuka apa, makan apa kat facebook. Aku dah tak heran. Otak aku dan jiwa aku terganggu malam tadi. Bila ujian datang serentak, walaupun bukan pada aku. Aku rasa tempias. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Begitu la aku.. Walaupun orang lain yang punya masalah, macam aku yang punya masalah. Orang yang aku maksudkan adalah sahabat dunia akhirat aku dan adik kandung sendiri..

Malam tadi aku dah nangis bila dapat tahu sahabat aku masuk wad kecemasan sebab pendarahan yang banyak keluar dari hidung dan mulut. Dia kena waktu solat terawih dekat rumah. Aku tahu dia sakit. Aku dah nasihat banyak kali suruh jumpa doctor tapi dia jenis tak kisah..Ya Allah, panjangkan umur sahabat baik aku..aku sayang dia sangat2..Kawan aku pernah kata kat aku, dia sayang aku lebih dari nyawa dia sendiri..Hati aku sebak bila fikirkan dia memang gadis yang baik...

Bila dah settle, kawan aku kata dia okay.. Masalah lain pula aku kena fikir tentang adik aku..Aku just nak cakap, kasih sayang atau cinta tak boleh paksa-paksa..Apa lagi kalau dapatkan perempuan dengan cara yang salah. Lagi-lagi kalau guna ilmu pengasih untuk dapatkan kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu, berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan menggunakan sihir.Jauhkan sihir kerana adalah SYIRIK dan DOSA BESAR.

Aku dapat kesan perubahan adik aku sejak dia balik dari KL. Ada benda yang mengikut dia. Adik lelaki dan kawan adik lelaki aku boleh nampak sebab diorang ada belajar ilmu . Benda tu ganggu aku dulu waktu aku tidur kena 'hempap'. Sebenarnya, dari aku kecik aku boleh lihat makhluk2 Allah yang lain. Hijab aku dah 'terbuka'. Aku boleh rasa kehadirannya walaupun sekarang hijab aku tertutup. Tolonglah kepada lelaki itu, insaflah..Jangan lah buat macam nie dekat family aku.. Aku akan pertahankan family aku.  Aku kena jumpa Ustaz yang islamic guna ruqyah syariah. Pendinding aku hanya ayat suci Al-Quran...Ya Allah bantulah hambamu ini. Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku tak nak perkara yang tak elok berlaku. Benarlah jin dan syaitan banyak menyesatkan manusia. Memecah belahkan hubungan kekeluargaan dan sebagainya. Aku tengah taip blog nie pun ada 'benda' perhatikan aku. Biarlah dia makhluk Allah juga..cuma aku tak akan benarkan dia berada di rumah aku di bulan Ramadhan..

Aku nak share Bismillah 5 untuk diamalkan. 






“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
Fadhilat Bismillah 5
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya..

Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


No comments:

Post a Comment