Thursday, July 19, 2012

Raikan Ramadan 2012

Assalamualaikum dan hai...


19 Julai Khamis, pagi tadi aku pergi meeting. Masa tengah meeting aku ngantuk sangat-sangat sampai tertido tersengguk-sengguk.Yela, hobi aku tido di merata tempat. Selepas meeting, ada tahlil ringkas. Ada jamuan makan, aku langgar pantang makan nasi lemak hari nie. Tapi makan sikit jela. Rosak diet aku! 

Petang aku balik rumah, aku memang tak larat nak online. Aku boleh tertidur depan laptop..So, aku offline. Aku tidur lepas zohor. Orang call, msj aku tak reply pun. Minta maaf la ye. Kalau aku dah tidur, gempa bumi pun aku tak kisah. Aku bangun area pukul 4 petang, aku sambung kerja terbengkalai. Kalau aku tidur je, camner duit nak masuk kan...

Coach aku Ida, msj tanya aku dah baca buku belum..Aku tak sempat nak 'study' dan khatam bisness baru. InsyaAllah ada masa, aku baca ye Ida...Orang yang takde masa ini, mentor aku cakap orang MATI je..ALASAN lagi !

Malam tadi kat tv3,  dah diisytiharkan puasa pada hari Sabtu ini, 21 Julai 2012 oleh penyimpan mohor besar majlis raja-raja. Hati aku sayu, sebak, susah nak gambarkan perasaan aku nie..Aku memang suka bulan Ramadhan..Aku nak tingkatkan amal ibadat aku, ada masa baca Quran. Aku dah beli pen digital al-Quran tapi aku tak guna sangat..Takkan baru tiba bulan ramadhan, aku rasa insaf. Mungkin segala jin setan telah dikurung, maka waktu nie aku lebih insaf...

News yang akan aku update pengisian  akan disesuaikan dengan bulan Ramadhan,  aku buat yang terbaik untuk fans page tu.. Aku nak dapat pahala. Tak nak tambah dosa. Aku dengan ikhlas hati, mohon maaf andai ada salah silap tutur kata. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan...Selamat menyambut bulan ramadhan. Semoga amalan kita diterima Allah. 




No comments:

Post a Comment