اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Kucing adalah suatu binatang yang sangat akrab dengan kehidupan manusia. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Banyak manfaatnya yang dilahirkan daripada kucing ini. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)''.
[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]
Banyak² kucing kat dunia nie, ada seekor kucing yang amat istimewa yang bernama Orich. Si Orich nie bijak, hyperaktif dan sangat noty boy. Walaupun Orich nakal, aku sayang kat dia nie....♥
FAKTA MENARIK TENTANG ORICH :)
1.Orich boleh tidur sehingga 14 jam sehari! Hakikatnya kucing memang sukar tidur. Tapi Orich nie ikut mood dia. Kalau pagi Umminya pergi kerja dia tunggu luar tingkap setiap hari. Kalau waktu balik kerja, pandai pula Orich lari ke pintu dan set time.Good boy!
2. Orich kalau nak makan suka orang teman dan tunggu. Makanan dia pun kena special cara penyediaannya.Ada satu masa aku bagi dia makan, langsung dia tak nak makan sebab tak suka. Protes la tu.
3. Waktu Orich iyak (berak) mesti bersepah pasir sebab dia gali pasir tutup najis sendiri. Kadang² muntut dan kaki dia kena basuh dengan air. hahaha.
4. Orich suka ajak main. Permainan yang menjimatkan kos. Just guna plastik biasa yang digumpal seperti bola. Then, kita kena baling tinggi. Cara Orich tangkap 'bola' memang hebat seperti kerul fahmi che mat wa cakap lu! Tangkas dan bergaya cara dia sambut bola. Lepas dapat bola, dia bagi kat aku semula bola yang ditangkap tu. Ikut mood dia la. Kalau dia malas nak main, dia buat dunno jela.
5. Orich nie suka perhatian lebih kat dia. Kalau aku tengah kerja menghadap laptop, confirm la dia kacau ajak main bola. Kalau tak layan, dia duduk atas laptop aku. Keyboard laptop abes dia lanyak dan pijak² sampai aku tak boleh online. Nakal sungguh!
6. Kalau aku tidur malam selalu dia kacau gak. Pernah dia geget kaki aku walaupun aku dah pakai selimut.. Kekadang dia terkam atas badan aku. Orich ingat aku nie musuh dan serang hendap kot. Hahaha. Tapi yang bagusnya, si Orich akan menemani aku sekiranya aku terjaga nak pergi toilet. Orich teman depan pintu toilet sehingga aku keluar. Pernah dia tersenguk² menunggu aku. Setia betul :) Lebiu Orich♥
p/s: Nanti ada sambungan tentang Orich. Banyak lagi perangai dia aku belum cerita sebab kesuntukan masa nie. Credit to blog Cat versus Human . Aku curik gambar dia..kikiki. Selamat bercuti hujung minggu ♥
hehe..comel betol story ko..nway tq so much for your loving n caring nanny orich..kikiki..-from umi orich..
ReplyDeletehehhee.... hi ecah hi orich n hi supercilious? hahaha..
ReplyDelete