اَلـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Umrah Thaqafiah 2013 kini membuka pendaftaran untuk jemaah dari Malaysia!!
Rasailah pengalaman menunaikan umrah berpengisian dan ilmiah dengan bimbingan mutawwif terlatih yang terdiri daripada pelajar dan lepasan Universiti Al Azhar bersama kami di Umrah Thaqafiah. Bukan sekadar ibadah umrah semata-mata, para jemaah akan ditawarkan pelbagai aktiviti ilmiah seperti bacaan kitab dan hadith, ziarah-ziarah tambahan dan ziarah ulama.
PAKEJ UMRAH THAQAFIAH 2013
Terdapat 5 pakej pilihan :
1. Umrah Cuti Sekolah Mac 2013
2. Umrah Cuti Sekolah Mei-Jun 2013
3. Umrah Sambut Ramadhan 2013
4. Umrah Awal Ramadhan 2013
5. Umrah Akhir Ramadhan 2013
KEISTIMEWAAN UMRAH THAQAFIAH 2013
1. Menawarkan pakej umrah berkualiti, berilmu dan terbimbing.
2. Setiap pakej akan diiringi oleh ustaz lulusan Al Azhar yang memiliki ilmu yang diperakui oleh ulama Azhar, yang akan bertindak sebagai mutawwif dan rujukan jemaah sepenuh masa.
3. Pengurusan umrah diasingkan daripada gerak kerja bimbingan dan mutawwif. Ini bermakna, mutawwif dapat menumpukan sepenuh masa untuk memberikan khidmat bimbingan dan rujukan kepada jemaah, terutama di dalam masalah hukum ibadah umrah.
4. Penginapan selesa bertaraf 3-4 bintang, lokasi yang berdekatan dengan kawasan masjid.
5. Aktiviti ziarah dalam dan luar kawasan Makkah dan Madinah.
6. Tawaran ziarah tambahan di Madinah dan ziarah ulama dan sekolah pondok di Makkah.
7. Pakej akan diisi dengan pengisian ilmu yang bukan sekadar ilmu berkisar ibadah umrah sahaja, malah ilmu-ilmu tambahan seperti bacaan hadith dan sirah.
8. Penerangan mendalam berkenaan sirah di setiap tempat yang dilawati.
9. Pakej dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat seperti kursus umrah, majlis ilmu, ziarah ulama dan sebagainya.
10. Memastikan agar setiap jemaah yang mengikuti pakej umrah mendapat pengalaman yang berharga, bukan sekadar dapat melaksanakan ibadah umrah yang berkualiti, malah mendapat ilmu-ilmu tambahan yang berguna.
TARIKH UMRAH THAQAFIAH 2013
1. Umrah Cuti Sekolah Mac – 22 Mac hingga 4 April 2013
2. Umrah Cuti Sekolah Mei-Jun – 25 Mei hingga 7 Jun 2013
3. Umrah Sambut Ramadhan – 2 hingga 15 Julai 2013
4. Umrah Awal Ramadhan – 8 hingga 21 Julai 2013
5. Umrah Akhir Ramadhan – 26 Julai hingga 10 Ogos 2013
*semua tarikh di atas boleh berubah jika terdapat sebarang permasalahan
ATURCARA PAKEJ UMRAH THAQAFIAH 2013
Aturcara yang akan dijalankan sepanjang pakej tersebut adalah seperti berikut :
Hari Pertama : Bertolak dari Kuala Lumpur, tiba di Jeddah, bergerak ke Madinah
Hari Ke 2 : Tiba di Madinah, ziarah dalaman (Masjid Nabawi, Maqam Rasulullah SAW dan Baqi)
Hari Ke 3 : Ziarah luar ke Uhud, Masjid Quba, ladang kurma, Kilang Quran, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain). Juga ziarah tambahan (pilihan dan berbayar) ke Bukit Terbakar, Ladang Unta, Bukit Magnet, Perkampungan Madinah lama.
Hari Ke 4-6 : Aktiviti bebas
Hari Ke 7 : Bertolak dari Madinah ke Makkah. Singgah di Bir Ali untuk bermiqat. Menuju ke Makkah dan melakukan umrah pertama.
Hari Ke 8 : Ziarah dalaman iaitu sekitar Masjidil Haram, tempat kelahiran Rasulullah SAW, Masjid Pokok, Masjid Jin dan perkuburan Ma’la.
Hari Ke 9 : Ziarah luar iaitu ke Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Mina, Muzdalifah dan berakhir di Ji’ranah untuk bermiqat. Kemudian akan bersama-sama menunaikan umrah kedua.
Hari Ke 10-12 : Aktiviti bebas.
Hari Ke 13 : Bersiap untuk pulang. Melakukan tawaf wida. Bergerak ke Jeddah dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
Hari Ke 14 : Tiba di Kuala Lumpur
Untuk aturcara umrah bulan Mac dan Mei, aturcaranya adalah sama, Cuma berbeza dari sudut bilangan hari di Madinah iaitu 5 hari dan di Makkah 7 hari.
Untuk aturcara umrah 16 hari 14 malam, aturcara adalah sama, cuma berbeza dari sudut bilangan hari yang beraktiviti bebas iaitu 2 hari tambahan di Makkah. Pakej ini lebih panjang masanya dan jemaah mempunyai masa sendiri untuk beribadah dan melakukan umrah.
Di hari yang tiada aktiviti khusus di Makkah, jemaah akan ditawarkan dengan aktiviti pilihan (berbayar) iaitu ziarah ke sekolah pondok dan ulama di sana, juga aktiviti mendaki Jabal Nur (Gua Hira)
HARGA PAKEJ
Harga mengikut pakej adalah seperti berikut :
1. Umrah Cuti Sekolah Mac – RM 5690
2. Umrah Cuti Sekolah Mei-Jun – RM 5990
3. Umrah Sambut Ramadhan – RM 6090
4. Umrah Awal Ramadhan – RM 6590
5. Umrah Akhir Ramadhan – RM 7990
Harga yang diberikan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Tambahan RM 200 bagi mereka yang ingin bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Harga bagi kanak-kanak bawah 2 tahun adalah untuk penerbangan, visa dan cukai penerbangan sahaja. Manakala bagi kanak-kanak 2-11 tahun akan mendapat sedikit potongan pada tiket penerbangan.
Harga pakej adalah merangkumi khidmat berikut :
1. Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
2. Penginapan di Tanah Suci (Madinah/Mekah)
3. Makanan dan minuman (masakan melayu)
4. Kenderaan semasa di Tanah Suci (bas berhawa dingin)
5. Lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah.
6. Khidmat mutawif / wakil di Tanah Suci.
7. Kursus dan bimbingan sebelum berlepas / semasa di Tanah Suci.
8. Khidmat muassasah dan visa umrah.
9. Insurans Pelan Takaful Keluarga Berkelompok
• Kematian kemalangan (AD) - RM10,000
• Kematian biasa (D) - RM10,000
• Keilatan kekal seluruh tubuh badan (PTD) - RM10,000
• Perbelanjaan pengkebumian (FE) - RM3,000
• Manfaat wad hospital akibat sakit / kemalangan (HB) (*bagi jemaah yang berumur 75 tahun ke bawah) - RM50/Hari
Kami menyediakan cenderamata kepada setiap jemaah seperti berikut :
1. Beg sandang
2. Buku panduan umrah
3. Buku nota dan pen
4. Gunting dan alat tahalul
5. Air zamzam 10L di akhir pakej
HOTEL PENGINAPAN
Kami telah mensasarkan hotel yang selesa dan dekat untuk dijadikan tempat penginapan bagi jemaah Umrah Thaqfiah. Berikut adalah butirannya :
1. Madinah - Hotel Mukhtara Al Alami (200m) atau setaraf
2. Makkah – Hotel Anwar Al Diyafah atau Saraya Hotel (300-450m) atau setaraf
Hotel pilihan kami adalah bertaraf 3-4 bintang dengan kemudahan berikut :
1. Bilik bertiga, berempat, berlima atau berenam
2. Bilik berhawa dingin
3. Kemudahan televisyen, peti ais, almari baju
4. Bilik air dan tandas di dalam bilik
5. Dewan makan yang besar dan selesa
Untuk pendaftaran, hubungi :
Siti Aisyah - 012 7314345
Perlis, Kedah, Penang - Amiruddin 013 4709773Selangor, K. Lumpur - Khairul Yusri 010 2218039
Melaka dan lain2 negeri - Harman 013 2016007
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran online, sila email kepada azrul_kisasian05@yahoo.com atau
LIKE PAGE DI FACEBOOK KAMI : www.facebook.com/ThaqafiahGroup.
No comments:
Post a Comment