Wednesday, January 23, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Seperti yang kita tahu, tanggal 12 Rabiulawal 1434H bersamaan 24 Januari 2013M merupakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini juga dikenali sebagai Maulidur Rasul (bahasa Arab) yang bermaksud kelahiran Rasul. Baginda Rasulullah s.a.w merupakan Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada setiap tahun untuk memperingati sejarah kelahiran Rasulullah s.a.w dan sebagai tanda kita menyayangi Rasulullah s.a.w. Namun, bukanlah dengan mengadakan perarakan semata-mata. Sebaliknya, kita digalakkan menghayati semula perjuangan Rasulullah s.a.w dan mencontohi ketabahan baginda dan para sahabat yang bermati-matian menegakkan syiar Islam pada suatu masa dahulu.

Selain itu, kita perlu menghayati semula peribadi Rasulullah s.a.w yang mulia dan jadikan ia sebagai amalan kerana Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik untuk seluruh umat manusia.

Antara sifat-sifat mulia Rasulullah s.a.w ialah:
• Baik hati
• Jujur
• Pemalu
• Lemah lembut
• Rendah hati
• Tidak pernah memberatkan orang lain
• Sangat sederhana
• Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan
• Suka memaafkan dan merelakan
• Penuh kasih sayang 
• Selalu memberi petunjuk
• Selalu tersenyum

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasululah s.a.w sempena hari yang mulia ini.

Credit: SKSS 2.

No comments:

Post a Comment